Selasa, 2 November 2010

Memancing Ikan Siakap

Memancing ni memang hobi aku dari kecik,aku start mancing dari umur 5 tahun.Mase tu mane pakai Rod dgn Reel mcm sekarang ni,just gune batang buluh je,sekarang ni aku dah keje dah ade duit sendiri aku kumpulkan banyak set pancing ni.Mula dari set ringan sampai berat.Kat sini aku nak cite pasal mancing ikan siakap kat area Bagan Datoh ni.Ramai yg x tau kat Bagan Datoh ni kaya dengan stok-stok ikan siakap,tempat-tempat yg popular kat Parit 1 dgn Kunci Air Kampung Sungai Balai.Aku lg suke mancing kat Sungai Balai sbb x penah miss siakap kalo mancing kat sini.Teknik yg aku biase gunekan casting gune gewang(rapala) dgn gune pelampung untuk umpan udang hidup.Waktu terbaik nak mancing siakap ni ialah waktu awal pagi dgn lewat ptg sebab mase ni la siakap keluar cari makan.Aku tiap2 minggu mancing kat sini sbb layan ikan siakap ni dia punye feeling lain dari ikan2 yg lain...Pasal pengunaan umpan plak,kalau gewang,aku suke pakai kaler merah putih dgn fire tiger hijau,sbb kaler ni memang killer kat sini.Udang hodup plak aku gune bile air keruh sbb siakap mungkin x nampak lure aku.Sape2 yg berminat nak join aku mancing siakap join dulu FaceBook aku,kite kenal2 dulu,pastu leh komplot mancing same.....Hidup Siakap!!!!!
Ni Hasil Casting

Sabtu, 30 Oktober 2010

Makam tertua di Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak

 Usianya dipercayai lebih 120 tahun



Walaupun gambar kat atas ni merupakan gambar kubur dan tidak kena mengena pun dengan projek hujung minggu, tapi cerita ni merupakan aktiviti hujung minggu bagi kami sebab waktu lapang hujung minggu digunakan untuk menulis blog ini. Kira aktiviti hujung minggu la jugak ni kan..cincai je lah..

 Ini hanya untuk tatapan korang di samping menambahkan pengetahuan sejarah korang, khususnya korang yang tinggal atau pernah tinggal kat area Bagan Datoh, Perak.

Untuk pengetahuan, kubur atau makam ini terletak di Kampung Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak. Ni la makam moyang kami yang bernama Tuan Haji Abdul Rahman Malak yang bertanggungjawab membuka dan menamakan kampung kami 'Kampung Sungai Lanchang' yang diambil sepena nama tongkang yang beliau gunakan untuk sampai ke tempat yang beliau lihat sebagai suatu strategi untuk dijadikan penempatan dan pengikutnya yang lari dari Selangor untuk menyelamatkan diri dari serangan Pahang. Kiranya penduduk Sungai Lanchang di panggil Melayu Selangor. Sebab tu kami x cakap bahasa daerah Perak atau loghat Perak kat sini. 
Di katakan, di sinilah penempatan awal Melayu Selangor.

Makam ni dulunya mempunyai bumbung dan pagar besi yang kukuh, tapi sayang telah di salahgunakan oleh kaki puja untuk mendapatkan apa yang mereka 'hajatkan' konon boleh dikabulkan tanpa usaha dab doa daripada Allah S.W.T.

Jumaat, 29 Oktober 2010

Mengancor @ Menangkul Udang

Ni la aktiviti kitaorang bila hujung minggu. Aktiviti kami pergi menangkul udang atau dengan kata lain mengancor. Menangkul atau mengancor ni dapat memberikan keseronokan tambah-tambah lagi kalau dapat banyak hasil untuk bawak balik ke rumah. Bukan udang je dapat, kadang-kadang siakap pun dapat gak..memang masyuk. Persediaan awal untuk orang yang tarik ancor tu kena la simpan tenaga awal-awal, kalau x memang payah laa.. Lokasi kami berada di JPS Rungkup, Bagan Datoh, Perak.

Mukadimah

Selamat datang ke blog baru kami. Blog yang direka khas oleh kami untuk tatapan anda semua. Blog ini memaparkan aktiviti hujung minggu yang kami lakukan dari aktiviti darat hingga ke air. Blog ini merupakan hasil kerjasama dari kami bersaudara yang bergelar 'Cucu Tok Di' yang terkenal di kampung Sungai Lanchang, Bagan Datoh, Perak.